KENALI AL HIKMAH
Kenali Kami
25 Tahun Mendidik, Membina Generasi Ummah
Selama 25 tahun, Pusat Pendidikan Al Hikmah komited membangunkan pendidikan yang menggabungkan kecemerlangan akademik dengan pembentukan sahsiah melalui tarbiyah yang berterusan.
Berteraskan nilai-nilai Islam, kami berusaha mencungkil potensi setiap murid dan membangunkan para pendidik agar ilmu, akhlak dan amalan Islam menjadi sebahagian daripada kehidupan.

Misi, Visi & Nilai Kami
Berteraskan visi untuk membangunkan pelajar dan murid yang memiliki fikrah serta sahsiah yang syumul, Pusat Pendidikan Al Hikmah komited menjadi institusi pendidikan integrasi pilihan yang melahirkan generasi beragenda Islam dalam kehidupan berdasarkan 10 Muwasafat Tarbiyah. Dengan menjadikan nilai-nilai Islam sebagai panduan, kami mengintegrasikan:
- Kecemerlangan ilmu
- Pembentukan akhlak
- Tarbiyah berterusan
2000
Permulaan Kami
Pada 20 Ogos 1994, Pusat Pendidikan Al Hikmah (PPAH) mula membuka pintu ilmunya. Berbekalkan tawakal dan azam jua, perintis awal memulakan langkah di kawasan yang baru berkembang.
Kisah PPAH adalah ikhtiar tanpa henti menuntut kecemerlangan. Sejak hari pertama, kami bertekad membimbing generasi rabbani dan membina masa depan yang dibanggakan bersama.


2001
Meraikan Pertumbuhan
Sejak menjadi Sekolah Dunia IB pada 2000 dan melahirkan graduan pertama pada 2001, M’KIS terus melakar pelbagai kejayaan.
Kini, kami terus berkembang mendidik generasi yang bersedia mendepani cabaran zaman. Bersama sokongan ibu bapa, kami berikhtiar membentuk pemimpin masa depan yang berilmu, berakhlak mulia, dan membawa kebaikan. M’KIS terus makmur dan mekar menyinari komuniti Mont’Kiara.
2021
Langkah Ke Hadapan
Sabda hikmah mendidik kita menuntut kemajuan. Kami terus memperkasa fasiliti sukan, teknologi, dan seni demi kemenjadian murid.
Namun, pencapaian terbesar kami ialah memupuk ukhuwah antara murid, warga pendidik, dan ibu bapa. Sambil memelihara warisan sejarah, kami teruja meneruskan tradisi kecemerlangan ini dan mengalu-alukan kedatangan keluarga dari seluruh dunia.

Teruskan Membaca

Teroka topik #1
Sini boleh letak ringkasan 1 baris ayat.
Baca Selanjutnya

Teroka topik #1
Sini boleh letak ringkasan 1 baris ayat.
Baca Selanjutnya

Teroka topik #1
Sini boleh letak ringkasan 1 baris ayat.




